Lapangan terbang Hong Kong mmg besar. Ada 2 terminal utama. Aoabila mendarat, bas akan disediakan utk membawa penumpang ke menara utama. Jgn risau...ikut jer org ramai tu insyallah kita akan menuju je arah collect baggage/ambil bagasi.
Selepas selesai urusan imigresen n custom, masa ni kita kena fikir transport ke hotel. Pada mulanya kami plan nak naik bas. Sbb bas itu akan berhenti dekat dgn hotel tetapi bila fikirkan yg waktu itu merupakan waktu puncak kami bercadang utk menaiki train.
Tetapi kami lupa yg kami tinggal di kawasan Yau Ma Tei yg mana tiada MTR direct ke sana...alamatnya kami kena tukar train sebanyak 3 x....
Di atas ialah arah ke stesyen MTR....sebelah kanan pula ialah arah menuju ke terminal 2 (sy akan bercerita lebih lanjut di bahagian akhir nanti...insyallah
Lihat peta MTR di atas...dr airport kami menaiki train ke Tsing Yi station..station
Ini sgt besar ianya mengambil tema maritime yg mana stesyen ini dibina seolah2 sebuah kapal dan mempunyai >< 200 kedai...tp kami tak explore sbb risau dan penat mencari arah balik ke hotel. Dari sini kami ke stesyen Lai King, interchange utk menaiki Tsuen Wan Lane yg akan membawa kami ke kawasan Yau Ma Tei.....
Inilah saya yg kepenatan...hehehehe....
Di stesyen Yau Ma Tei.....
Perlu diingatkan, kita kena peka dgn exit di setiap stesyen kerana klau kita alpa/tak pasti kita akan keluar di pintu yg salah dan untuk berpatah balik amatlah penat sbb jarak di antara satu sama lain jauhhhhh....penat oooiii...
Kami memilih untuk tinggal di hotel Salvation Lodge..tak tau la pilih punya pilih akhirnya kami terpilih hotel ini. Peringatan kpd mereka yg nak pilih hotel
1. Semestinya kos - nak murah boleh kena rajin tgk pak google
2. Dekat dgn stesyen MTR
3. Dekat dgn halal restaurant
4. Keluasan bilik
Yang lain2 tu boleh diatasi...tempat kami mmg sukar nak cari halal restaurant. Saya nasihatkan supaya anda tinggal di area kowloon city sbb ada masjid kowloon dan ada direct MTR dr airport....
No comments:
Post a Comment