Sunday, 28 October 2018

Turki Aku Datang Lagi - Hari 3

Pemandangan yg cantik di Kusadasi tidak dpt diphotokan. Sayang sekali. Kerana kesuntukan masa. Awal pagi pkl 7.30 pagi kami tlh berkumpul di lobi. Inilah kekurangan bila melancong dgn pakej...tak dpt menikmati apa yg kita inginkan...😭

Inilah hotel kami....menghadap pantai..syg x de gambar.

Perjlnan diteruskan ke Ephesus. Tmpt peninggalan sejarah Rom. Di pintu masuk kami tlh disambut oleh seekor kucing Siberia yg mengada2...hahaha
Kalau dekat..blh ambik bwk balik...
Kami sampai awal..pelancong tak ramai lagi. Ini adalah jln lama yg digunakan oleh mrk di zmn dulu...dinasihatkan supaya memakai kasut yg selesa..kerana permukaan yg tidak rata.
Inilah lambang perubatan..tgk kucing tu saja je nak perhatian umum.
Inilah model utk 'library'...salah satu point yg menarik utk dilihat dan ambik gambar.
Inilah tourist guide kami..mr ervan.
Point kedua yg cantik dan patut dilawati ialah the theather...ambik gambar dr atas...cantik. Masa pertama kali dulu kami pergi ada seorg mat salleh nyanyi di bawah dan mmg suaranya bergema blh didengar hingga atas...dulu2 kan mana ada speaker..
Selepas itu kami singgah di sini. Leather factory. Plg murah 2000lira. Mampu tgk je la. Memang menarik jaket yg berkualiti lembut...

Selepas itu kami ke Mary Virgin. Dipercayai oleh mereka rumah terakhir Mariam. Tak de apa2 sgt di sini. Byrn masuk 30 lira. 
Ini adalah catatan yg dibuat oleh mereka yg memepercayai doa or hasrat mrk blh disampaikan...cara depa le...

Lepas tu kami makan di Sultan Restaurant. Makanan yg hebat ttp bkn selera kita. Layan je..klau tak lapar. 
Buah plum tu manis yg amat.
Selepas makan kami bertolak ke Pamukale. Perjlnan yg mengambil masa lbh 2 jam.
Dari jauh kami tlh nampak permandangan putih..itulah dia cotton castle.
Menikmati keindahan Allah..bygkan hanya di sini Allah menjadikan bumi Turki sungguh unik. Ini adalah hasil mendapan hasil air kapur. Nak explain byk..x tau la...cer tgk google
Ada.pasangan mempelai mengabdikan kenangan di sini...
Sunset di cappadokia....sementara menunggu yg lain...kali ni x naik ke colisuem...😢

Kami bermalam di River Hotel. Hotel yg tiada lift. Kena angkat bagasi. Nasib baik ada yg angkatkan. Di sini pun tidak disediakan minibar. Ttp makanan yg disediakan masyaAllah...banyaknyer..

No comments:

Post a Comment