Saturday, 10 November 2018

Turki Aku Datang Lagi - Hari 6

Inilah hotel Dinler, Urgup...
Pokok bunga kembang mekar..
Kucing2 di sekitar hotel

Perjlnan har ini amat pjg. Kami akan ke Ankara dan bermalam di Bolu. Singgah di Salt Lake utk bergambar. Ini adalah tasik air masin terbesar di Turki. Dan tasik yg kedua terbesar di Turki.
Kelihatan seperti di tepi pantai..ttp ianya tasik bukannya lautan.
Merasai air masin...air yg sudah keras menjadi ketulan garam ..berwarna putih menutupi tanah..
Hasil drpd air laut masin...sabun
Disediakan byk RnR di sepanjang pantai. Kami berhenti rehat di sini sekejap...tak ada apa yg menarik cuma air tasik masin...masyaAllah ..ciptaan Allah yg hebat
Ini adalah gambar dr satelit..dr koleksi google...
Dari Salt Lake kami menuju ke bandaraya Ankara..selama 2 jam dlm perjlnan. Nak masuk bandaraya Ankara jln sesak..spt nak msk ke KL di waktu puncak. Di atas adalah kawasan restoran kami berhenti rehat.


Slps makan kami menuju ke Tugu Artatuk. Di sini jasadnya disemadikan. Bapa sekular...habis semua ajaran lanjit ditukarnya...fahamannya bertentangan dgn fahaman kita. Pergi kerana dah ada dlm itinerary.
Kawasan yg sgt besar. Ada satu bahagian di mana pintu msk ke jasadnya diletakkan. Jasadnya diletak menghadap jendela yg mengarah kpd istananya. Supaya dia blh melihat istananya.
Kanak-kanak menziarahi makam Artartuk...sempena hari kebangsaan Turki semalam..29 Okt..
Patung Artartuk....
Diperkarangan laman tugu Artartuk

Selepas selesai 2 jam bersiaran di Tugu Ankara..kami memulakan perjalanan ke Bolu. Ianya merupakan tmpt penginapan kami sebelum ke Istanbul. Mmg kebiasaan pemandu bas kami tidak memandu waktu mlm..plg lewat pkl 8.00 ptg kami akan sampai hotel dan check in.

Di bawah ialah sebuah masjid tmpt kami solat jamak qasar. 
Di luar masjid..ada yg menjual sayur-sayuran segar..geram tengokkan..😶

Selepas 3 jam dr Ankara, kami tiba di daerah Bolu. Bila kami diberitahu yg hotel kami terletak di kawasan RnR. Perasaan kecewa di hati sebab tiada tmpt nak dituju pd mlm hari. Tetapi bila sampai..fikiran kami silap sbb hotel ini terletak di bangunan outlet yg macam suatu kompleks perniagaan. Macam2 ada...apa lg lps je dinner dan check in..lets shopping...
Suasana lobi hotel dan di bawah bilik hotel yg modern.
KFC di sana....
Pakaian musim sejuk byk pilihan dan murah2....

Lepas penat shopping dan makan2...balik bilik dan tido....esk kami akan kembali ke Istanbul...
Istanbul...tunggu aku datang lagi..

No comments:

Post a Comment