Destinasi seterusnya ialah utk mencari kilang cum cafe pastry halal. Owner ialah ChineseMuslim. Mmg ada sijil halal. Rasanya ok jugak dan elok beli byk2 utk sarapan dan dinner keesokan harinya. Sbb x tau lg kat mana ada kedai makanan halal dlm perjalanan nanti.
Ini adalah gambar di depan kilang tersebut. Tgk logo halal kat van company itu. Gambar ini saya ambil dr salah satu blog iaitu ......., (maaf ambil x minta izin).
Alamatnya di 5, Dryer Rd. Bassendean. Sebenarnya ianya hanya 7 km dr airport dan mengambil masa >< 20 minit. Ttp kami sesat dan x nampak tanda arah masuk ke Dryer Rd. Akhirnya hampir 1 jam baru jumpa.
Dr main road, lihat sebelah kanan....kedai ini terletak di kawasan kilang industri ringan. Dr jln main rd mmg x nmpk.
Apabila sampai kami bukan shj membeli utk tapau ttp juga menjamu selera di sana. Ada cafe kedai dan ramai juga pekerja dr kilang/kedai yg berdekatan menjamu selera di situ.
Pagi2 lg melihat mat salle menjamu breakfast hanya dgn croissant/pastry, fun fries n coke. Klau kita breakfast nak pekena nasi lemak ke roti canai ke....culture masing2...
Selps kenyang, the next destination ialah caversham wildlife. Dr situ mmg x jauh. Saya pernah terbaca satu entri yg mengatakan kita juga boleh menaiki public transport ke sana.. dr stesyen bassendean, naik bas no. 38/39 yg akan membawa anda ke sana. Dr main gate ada interkom utk dptkan shuttle van masuk ke dlm...klau nak menapak kira jauh jugak le...
Apabila kami tiba, kami tak sempat nak lihat animal show sbb excited dgn kangaroo. Kami cuma sempat melihat show wombat and friend (betul ke?). dpt jugak ambil gambar dgn binatang yg x ada kat malaysia ni spt wombat..
Tiket masuk ialah AUD22 for adult.
Utk pengetahuan di sini ada tandas yg ada air paip utk bersuci selepas membuang air kecil/besar iaitu di blkg kedai souvenir tu...hehehe ada petugas di situ yg bgtau kami... souvenir kat sana mmg le mahal...tp saya beli gak satu fridge magnet dan mmg betul design ini tiada di tpt lain...exclusive.
Next destination ..... entri seterusnya.....perjalanan makin mencabar...

No comments:
Post a Comment