Hari ketiga kami di sini kami ingin melawat :
1. Star of Avenue
2. Golden Bauhinia
3. Masjid Ammar
4. The Peak and Madamme Tussaud
Selepas sarapan, kami memulakan langkah. Spt biasa study map MTR. Ok dr Yau Ma Tei akan Tsim Tsa Tsui...ingat le kekawan ada 2 stesyen yg nama sama. Yg satu lagi ialah East Tsim Tsa Tsui. Kedua2 stesyen ini di dlm satu kawasan stesyen. Ingat le stesyen mereka adalah satu kawasan yg sgt besar dan underground dan besarnya lebih kurang KL sentral... klau sesat penat gak nak patah balik...
Ikut arah yg diberi...jgn risau tak sesat sbb ramai gak yg nak pegi ke sini. Avenue of star ni tpt penghargaan kpd karyawan perfileman di Hong Kong. Ada bekas tapak tgn artis dgn signature sekali..Michelle Yeoh pun ada gak di samping actor HK spt Bruce Lee..
Tunjuk arah akan menunjukkan hala ke sana..sesiapa yg nak shopping kat SOGO HK boleh le...akan jumpa pintu masuk SOGO. Kawasan Star of Avenue di tepi pantai - Victoria Harbour ( tp x nmpk pantai le sbb semua dah konkrit)..Permandangan berlatar belakang kan HK mmg cantik dgn bangunan2 yg mencakar langit..kalau pergi malam boleh tgk Symphony of light.,cantik...masa 2010 pergi sempat pergi mlm dpt le tgk...kali ni pergi masa matahari sedang memancar...adooiiii ..panas...
Saya bersama bekas tapak tangan Jackie Chan...
Tapak tangan Michelle Yeoh
Salah satu arca yg ada di Avenue of Star
Pemandangan di Victoria Harbour
Destinasi seterusnya ke Golden Bauhinia. Ianya terletak di daerah Wan Chai .....Dari sini kami menaiki MTR ke stesyen Wan Chai, Tetapi saya ingin nasihatkan sesiapa yg nak pergi eloklah menaiki teksi sebab nak jln yg jauh yg amat..,adoooiii..berpeluh2 walaupun jln dlm bangunan...di bawah ini saya pinjam gambar dari blog jalanjajan utk tatapan anda semua...
Selepas keluar dr stesyen anda akan melalui jambatan ini. Ikut jer tanda arah, klau tak pasti boleh tanya kat orgramai.
Kena masuk dlm bangunan ini dan jln lagi....
Anda akan dpt melihat tanda arah ini...
Dan akhirnya ini yg dicari-cari...nak ingat lg sekali jarak berjln kaki tu mengambil masa 20-30 min gak...bayangkanlah......ini adalah lambang penyerahan semula hong kong kepada China selepas pajakan 99 tahun oleh kerajaan Inggeris...
Lepas tu dah tak larat nak jln terus rahan teksi ke Masjid Ammar di daerah Wan Chai jugak....byk teksi di kawasan ini...bayaran cuma HKD20...ok lah tu hantar sampai depan pintu masjid....alamat 40, Oi Kwan Rd, Wan Chai...boleh lihat blogyg lain utk naik tram/ferry ke sini...
Secara kebetulan semasa kami tiba, ada tunjuk perasaan di kawasan masjid, jd ointu masuk utama di tutup. Saya dapati mereka yg terlibat berdisplin mereka tidaklah aggresif dan berkumpul di tpt yg dibenarkan shj. Risau gak bila tgk polis ramai berjaga di kawasan masjid....ingatjan ada bantahan mengenai ugama rupanya bila menonton tv pd mlmnya ianya berkaitan dgn isu kekurangan kawasan perumahan sehingga kaw yg ingin dibangunkan utk padang golf ditentang..
Ini adalah sebahagian gambar di sekitar masjid Ammar..,
Ini lah dia Masjid Ammar
Kantin yg femes dgn dimsum halal di HongKong. Sukalah saya peringatkan cara order makanan di sini. Utk order dimsum pergi ke kaunter dimsum dan buat order n angkat sendiri. Utk makanan lain boleh order melalui waiter..haiyooo kami hari tu salahfaham menyebabkan kami bengang jer dgn staf kat situ..org HK ni kasar sikit le tak mcm org Korea...
Hari ini adalah hari Ahad yg mana ramai org dtg makan di sini. Meja kena share dan tauke tu dok monitor jer sapa yg dah abis mcm dia nak halau jer...tmpt terhad..
Memandangkan hampir tiba waktu zohor, kami terus pergi ke dewan sholat..masayallah penuh ada ceramah dr ustaz indonesia. 99% adalah warga indon yg berkerja di sana...tmpt mengambil wudhuk di level yg berbeza..selepas sholat kami meneruskan perjalanan ke The Peak.
Dr masjid ke stesyen yg hampir ialah stesyen central...bila tanya kpd jemaah masjid ramai yg makkumkan bhw lumayan gak klau nak jln dr masjid ke stesyen. Kami cuba utk menaiki teksi tetapi memandangkan berlaku tunjuk perasaan teksi tak lalu di jln tersebut. Kenalah naik MTR...nasib baik tanya kpd 3 org remaja Pakistan yg secara kebetulan nak pergi ke arah stesyen. nak terangkan kat sini pun tak tau mcm mana...yg pasti kami lalu pasar basah yg ada jual ikan sayur dan ... redah jer. Lepas 15 minit baru kami masuk ke sebuah shopping komplek yg amat besar. Kami lalu di dlm kompleks tersebut dan ada tanda arah ke stesyen MTR. Dr sana kami berjalan hampir 15 min lg utk betul2 sampai ke stesyen. Memang besar kompleks yg ada stesyen ini. Betul kata warga indo tu...bu lumayan jugak klau jalan dr sini.....
Akhirnya kami tiba di stesyen cenntral...hhmmm sila fahami peta mtr utk kemana-mana...klau tak faham tanya jer kat kaunter information nnt dorang explain naik tren apa n stop kat mana...
Sambung perjlnan ke the peak dlm entri seterusnya....pjg sgt le entri ni....perghhh

No comments:
Post a Comment