Telah lama saya idamkan utk kembara di bumi kangaro..alhamdulillah kali ini impian dpt direalisasikan. Kumpulan kami kali ini disertai oleh anak saudara dan cucu saudara di sebelah suami.
Perancangan tlh dibuat awal..saya tlh membuat tempahan berdasarkan blog rakan2 di alam maya...terutama blog jari manis...., ....... yg byk membantu.
Memandangkan kumpulan kami terdiri drpd 5 org adalah sukar utk mendptkan bilik kerana bilik hotel byk menyediakan utk 2/3 pax sebilik. Utk menjimatkan belanja saya terpaksa menempah chalet/family room utk menempatkan semua bergantung pd tpt..,sebagai contoh :
1. Pinnacles - Pinnacles lodge backpecker
2. Fremantle - chalet di Coogee beach
3, Perth city - Mouthways apartment
Memandangkan backpecker/hostel kena share bathroom, maka sy tidak menempah jenis penginapan ini. Tetapi sekiranya anda tidak kisah mungkin ini boleh membantu utk jimatkan kos....cuma semasa di carventes shj saya terpaksa mengambil keputusan utk bermlm di backpecker.
Antara perkara yg saya survey sebelum ke sana ialah:
1. Makanan yg dibenarkan masuk ke Australia
- kebanyakan minuman/makanan berasaskan tenusu spt Milo x dibenarkan, ttp saya terseludup 1 paket 3in1 Milo sbb dah biasa bwk klau kembara
- nasi himpit paket/rice cube, beras yg dibungkus dgn berat 1 kg spt brand sunflower
- makanan dlm tin - sardin, sambal tumis adabi dll
- sambal udang rangup - cili yg selalu digunakan utk goreng spageti/sayur, brand delimas
2. Perjalanan - jarak n tpt2 yg menarik
- kebykan tpt yg menarik adalah di luar bandar perth spt pinnacles di carventes jaraknya >< 300 km...
3. Waktu sholat dan qiblat
4. Restaurant halal - saya rasa anda boleh buat survey di lain2 ... saya memilih penginapan yg membenarkan utk memasak di mana ianya bukan shj menjimatkan kos malahan ketentuan halalnya dan selera melayu dpt dikekalkan...hehehehe
5. Tpt shopping yg menarik termasuk tmpt membeli souvenir yg murah yg kekawan semua...utk ini saya kena tahu kadar pertukaran supaya tak terlajak belanja...boleh jadi muflis nnt bila balik kl....
6. Baca blog blogger yg lain utk dptkan info yg berguna spt cuaca, budaya dll.
Kami berada di sana selama 5 hari dan 4 mlm yg saya rasa tidak mencukupi utk cover dari utara Perth hingga ke kawasan selatan...untk trip kali ini kami cuma dpt cover bahagian utara shj hingga ke fremantle (bhgn selatan Perth)...kaji map n route supaya mudah.,.
Untuk mengetahui pengembaraan kami seterusnya sila rujuk kepada entri selanjutnya....jeng..jeng..jeng...
No comments:
Post a Comment