Pada 22 June 2013 kami berangkat ke Perth. Perjalanan dgn menaiki Airasia mengambil masa selama 6 jam. Kapalterbang berlepas pada jam 12 tengah mlm dan dijangka tiba jam 6 pagi. Masih sempat utk bersembahyang subuh.
Ketika ini adalah di dalam musim sejuk...perlu ingat ye kekawan, di sana tiada salji dan musim sejuknyer pun macam dlm bilik ofis BNM sajer ttp tiupan angin yg menyebabkan kami kesejukan sampai ke tulang.
Di dlm Airasia kami telah menempah makanan sbb untuk hindarkan kelaparan bile menjejak kaki di airport nnt. Tp kekawan harus ingat tak bol3h bunkus bwk turun nnt sampai kat custom kena buang pulak..rugi...rugi...rasa mcm sahur lak hari tu.
Sampai kat airport perth, akan ada pemeriksaan kastam yg ketat. Ttp mereka friendly. Mungkin rezeki kami masa tu pemeriksaan dilakukan oleh pegawai kastam yg sudah berusia dan beliau cuba belajar ckp bahasa melayu..Beliau sempat bertanyakan apakah fruit dlm BM. Siap ckp terimakasih dan jumpa lagi. Rupa2nya ramai mat salleh kat sini yg suka holiday ke Malaysia.
Alhamdulillah semua makanan yg saya bawa lepas, menyesal lak kenapa tak bwk byk2...mula la tamak tu...hehehehe.
Selepas selesai urusan kastam, kami menuju ke bilik yg dikhaskan utk sholat yg diberi nama 'Silent room'. Ingat ye kekawan bilik ni semua ugama, bangsa dan jantina yg gunakan...oleh itu cepat2 masuk dan book tpt..bilik ni kecil shj. Tmpt ambil wuduk agak jauh dr toilet. Nasihat - standby selipar supaya senang, kasut pun x basah.
## spt biasa dlm toilet x ada air utk bersuci, biasalah bwk botol kecil kalau jln2 overseas ni. Toilet mereka bersih...
Lps semua ahli rombongan cik kiah sholat, kami dok fikir nak pegi mana. Masih awal lg ni. Di sebelah Silent room ada berbagai sykt kereta sewa. Fikir punya fikir bincang punya bincang akhirnya kami sewa
4WD dr Hertz. Dpt le kereta Nissan x-trail. Tang kereta ni saya serah kat cucu sedara, si Nabil. Dr awal2 lg dah suruh depa survey ttg kereta n perjlnan di sana.mentang2 le semuanya bz memanjang pegi tanpa plan.
Kos utk sewa kereta ialah ><AUD290 utk 5 hari/4 malam. Selps diberi penerangan serba sedikit kami pun berjln ambil kereta. Kena kuar dr airport dan ada kawasan parking utk kereta sewa. Sungguh bersih dan teratur...masa itu terasalah sejuk......
Ok sekarang ni kami dok fikir nak pergi mana. Tanya ada bwk notebook ke @ GPS ttp semuanayq x bawak....haiyoooo mcm mana ni.nak tanya sapa lak ni..dah la tak berapa nak faham slang mat salle ni...
Nasib baik nenek vouge ni ada print direction dr pak google. Berdasarkan direction tu kami menuju destinasi kami yg pertama iaitu kilang roti/pastri halal di Bassendean
Sila baca di entri seterusnya....jeng..jeng..jeng...
No comments:
Post a Comment