Friday, 24 January 2014

Perth - part 5


Keesokkan harinya kami menuju ke Pinnacles..senang jer..ikut highway jumpa nambung national park...bayaran masuk satu kereta AUD11. Subhanallah cantik sungguh permandangan di sini...batu-batu tegak berwarna kekuningan memenuhi segenap ruang...sila rujuk gambar di bawah..maaf saya x tau mcm mana nak susun kedudukan gambar..di sini juga ada disediakan tempat informasi mengenai kejadian pinnacles. Ada toilet yg besar n cantik bersih dan 

Dikatakan batu-batu ini adalah batu keras dan beribu tahun angin meniup menerbangkan pasir-pasir sekelilingnya menyebabkan batu yg keras itu terdedah dan kelihatan timbul.

Kami menghabiskan masa lebih sejam di sini. Rasa sungguh berbaloi dtg ke sini walaupun jauh dr kota Perth.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Fremantle. Dlm perjlnan kami tidak berhenti di mana2 kerana mengejar waktu. Perjalanan mengambil masa 3 jam. Kami melalui kota Perth tp terus ke selatan menuju Fremantle..


Bersama taukeh kedai Megabes..owner China Singapore...kitaorg ckp Melayu jer dgn dia..isterinya pun singaporean tp x fasih ckp melayu. Gambar ini diambil di kilang/gudang mereka di Malaga....haiyooo ni semua kes anak cucu ramai 2 pasukan bola tu yg kena pegi kilang cari souvenir....syyyy rahsia keluarga...mak ann..ooo mak annn...harga barang made in china dan aussin berbeza...biasalah made in china murah sikit ttp kualiti pun bagus gak...memandangkan kami borong byk melebihi Aud600..tauke ni siap buatkan resit utk kami dpt pengecualian cukai di airport...org yg peramah n byk celoteh..kedai satu lagi yg bernama Aussin berhadapan dgn kedai ini ownernya indonesian...hhmmm bila lak malaysian nak bukak kedai di sini..mesti laku punyer sbb malaysian suka shopping.. 
Ini lah E-shed market yg popular di blog utk shopping souvenir.. Selepas itu kami mencari jln ke restoran fish n chip yg terkenal di fremantle iaitu kaili n iuga cicerello...semasa ini kami terserempak dgn satu family singaporean yg hampir 5 thn tinggal di sana dan mereka memaklumkan kaili lagi sedap...ntah mcm mana pilihan kami ialah cicerello...insyallah esok klau ada masa kami cuba kailipulak..(tp mmg x de masa sbb dok shoppingggg)

Gambar di bawah ialah alat yg diberi apabila kita telah order makanan di kaunter..apabila makanan siap pager ini akan berbunyi..so tak yah la beratur lama2 kat depan kaunter tu..
Tgk size tempahan..mmg besar..boleh mkn 2 org..hhmmm nak kata sedap sgt tak de la...ok la...oh ya klau nak cili sos kena bayar ye..depa mkn mcm ni jer..rasajya next trip nak bwk paket mcd punya cili sos...nak bgtau..jgn tinggalkan makanan anda tanpa bertuan...nnt ada yg tolong makan...klau kat msia ni kucing byk kat kedai mkn...kat sini burung menunggu masa nak curi makanan anda...
Ini ialah kedai kebab di fremantle sbelum kami ke E-shed..sedap kebabnyer..
Burung tu standby nak curi makanan...
Sorry tak pandai nak susun gambar ni ikut penceritaan....ni ada dua gambar kami di pinnacles..walaupun cahaya matahari memancar ttp angin bertiup dan suhu sejuk pada masa ini (jun)....

No comments:

Post a Comment