Monday, 25 August 2014

Menempuh alam baru

Hari ini saya ask telah mula bercuti sebelum bermulanya persaraan awal setelah lebih kurang 26 tahun berkhidmat di Bank Negara Malaysia.

Tak ada apa-apa rancangan yg khusus untuk dibuat. Kadang kala bimbang akan timbul rasa bosan dan mungkin berat badan bertambah kalau asyik berada di rumah setelah sekian lama bekerja.

Setiap kali dalam doa selepas sholat, saya bermohon kepadaNya supaya permudahkan urusan yg saya nak buat semasa era persaraan saya dan murahkan rezeki saya supaya saya boleh meneruskan kehidupan ini dgn tenang. Insyallah....

Minggu lepas, berbagai acara diadakan untuk meraikan persaraan saya. Sungguh rasa terharu dan dihormati. Perasaan sedih dan nangis tak perlu diucapkanlah...terasa macam 'hari berkabung' sempena kembalinya jenazah mangsa MH17 pd 22/8/14 seolah-olah mengiringi kesedihan saya dan rakan-rakan sepejabat...hhmm..radio pun asyik memainkan lagu2 sedih...sungguh syahdu...

Inilah bos besar saya, En Azman Ali.

Majlis hari raya...bersama kawan lama - Karen - Timbalan Pengarah  (cantik le kasut Karen) dan En Zulkifli Bakar

Tengok tu..ito..
bersama-sama rakan sekerja JPW
bergambar jenaka dengan ex-bos, Pn Phut Chit See

No comments:

Post a Comment