Perancangan
Rancangan utk kembara di bumi Turki tlh lama ada dlm fikiran sejak 3/4 thn yg lps. Plan nak pegi pd thn 2014 dibatalkan apabila berlakunya tragedi MH370 dan MH017.
Plan ini muncul kembali apabila anak2 sedara bercadang utk explore Turki dan masuk ke Eropah Timur. Keberanian seorg blogger wanita kembara secara solo dan dlm bajet yg rendah menimbulkan kembali minat utk kembara. Akhirnya perbincangan makan malam pada Tahun Baru Cina 2015 menyaksikan plan kami ke negara sekular ini.
MATTA Fair 2015, Mac tlh memudahkan urusan pembelian tiket. Setelah survey dibuat akhirnya kami memilih Qatar Airways yg menawarkan harga RM2,770 utk perjalanan KUL-IST-MUC-KUL. Sebenarnya sebelum MATTA Fair aku pernah mendpt harga RM1,700 bg perjlnn KUL-IST-KUL. Kononnya nak tunggu MATTA Fair lagi murah...rupa2nya tidak.
Tiket dibeli melalui POTO Travel semasa MATTA Fair...tapi aku geram sebab POTO Travel tak bagi apa2 sovenir pun...hisk...selalunya dpt le bag ke ..paling kokak pun pen..ni tak de apa pun..hhhhmmmm....lps ni cari travel agent lain le...
Untuk pengetahuan, Turki mempunyai 2 airport yg besar. Pertama, Atartuk Airport..ni main airport dan kedua ialah Sabiha Golchen Airport..ni mcm KLIA2..nama Sabiha tu nama anak angkat Atartuk.
Airport di antara satu sama lain agak jauh dan berada di benua yg berasingan. Sabiha terletak di benua Asia.Oleh itu..pastikan bila booking tiket nak turun kat airport mana.
Inilah peta Turkey dan inilah perjalanan yg aku akan hadapi. Istanbul-Cappadocia-Pamukkale-Selcuk-Istanbul.
Manakala untuk hotel...aku menggunakan Booking.com , Agoda, dan Wimdu. Senarai hotel :
| Harga in RM | 1 pax | ||
| Bilik/airport transfer Cappadocia | TL240 | 344.78 | 86.195 |
| Bilik di Selcuk | EUR43.20 | 207.27 | 51.8175 |
| Bilik di Istanbul | EUR117 | 573.3 | 143.325 |
| Bilik di Budapest | USD90.72 | 341.1072 | 85.2768 |
| Bilik di Vienna | 507 | 126.75 | |
| Bilik di Munich | USD278.98 | 1047.84 | 261.96 |
Jenis bilik di Istanbul, Budapest, Vienna and Munich adalah apartment. Boleh masak dan basuh baju.
Selepas beli tiket kapalterbang dah boleh rancang perjalanan dan buat penempahan bilik dan tiket pengangkutan yg lain.
Ini adalah harga tiket kplterbang dan keretapi sepanjang kembara kami :
| Item | Harga RM |
| Tiket kapalterbang KUL-IST-MCH | 2,770.00 |
| Tiket kapalterbang IST - Kayseri | 76.97 |
| Tiket kapalterbang Izmir - IST | 110.78 |
| Tiket kapalterbang IST- Budapest | 232.70 |
| Tiket Keretapi Budapest-Vienna | 91.94 |
| Tiket keretapi Vienna - Munich | 269.91 |
Harga di atas untuk seorang. Tiket kapalterbang di sana saya menggunakan Pegasus Air (sama macam Airasia).
Bagi tiket keretapi pula, harganya pun macam yg ditawarkan oleh tiket kapalterbang. Nak harga murah kena booking awal....memang berbeza..kalau tak percaya cuba survey dlm internet..selalu2lah jengok lamanweb www.seat61.com

No comments:
Post a Comment