Monday, 11 January 2016

Kembara Turki & Eropah - day 1

Perjalanan kami bermula di KLIA. Dijangka bertolak pada pukul 3.00 pagi. Perjalanan ke Doha mengambilmasa lebihkurang 8 jam. Kami akan transit di Doha selama 2 jam sebelum bertolak ke Istanbul yang mengambilmasa dlm 3 jam.

Penerbangan Qatar Airway, selesa dimulai dengan doa menaiki kenderaan. Walau bagaimanapun minuman keras tidak terkecuali dihidangkan....hhmm...











Keadaan di dalam kapalterbang....




 Screen LCD.....dimaklumkan menu yang akan dihidangkan...



Kami tiba di Lapanganterbang Doha pada jam 5.30 pagi waktu Doha. Di luar jendela kapalterbang kami dapati macam dah pukul 7.00 pagi kalau di Malaysia.
Bayangkan Doha merupakan pusat transit yang sibuk, ramai juga yg ingin meneruskan perjalanan ke Europe dan USA dari airport ini.

Selesai pemeriksaan Imigresen, kami pun mencari prayer room untuk sholat subuh...subuh gajah...hahaha.

Penerbangan kami ke Istanbul pada pukul 7.40 pagi dan dijangka tiba di Istanbul pada jam 12.20 tengahari waktu Istanbul. Perjalanan selama 3 jam membuatkan kami sambung tidur dan rehat sepenuhnya kerana apabila tiba di Istanbul, pengembaraan kami pun bermula.


Kesilapan kami di sini kerana menempah tiket ke Istanbul melalui Atartuk Airport. Sepatutnya kalau mengikut itinerary kami, lebih mudah pergembaraan kami sekiranya kami turun di Sabiha Airport. Untuk pengetahuan semua, di antara kedua2 airport mengambil masa 1 jam 30 minit sekiranya tiada halangan melalui bas. Atartuk Airport terletak di bahagian benua Eropah dan Sabiha Airport terletak di benua Asia.

Kenapa saya kata kami silap sebab perjalanan dr Istanbul ke Coppadocia yg bakal kami lalui ialah dengan menaiki kapalterbang. Kami tak sanggup nak naik bas selama 12 jam utk menuju ke Cappodocia. Lagipun harga tiket murah yang ditawarkan oleh Pegasus Air iaitu lbh kurang RM80.00 sehala.

Tiba di Atartuk Airport, selepas urusan Imigresen dan Kastam, ambik bag dan terus ke mesin ATM. Keluarkan duit Lira. Senang...tak payah nak fikir cari Money Changer. Tapi kena ingat sebelum tu activate kan kad ATM di Malaysia....

Macam mana nak ke Sabiha Airport? Dah survey byk blog dan website. Dah tengok harga teksi akhirnya kami ambil keputusan naik bas, memandangkan kami ada 6 jam sebelum perjalanan seterusnya ke Cappodocia.

Kena 2 kali naik bas. Bas HAVATAS. Setiap 30 minit. Bas seperti gambar di bawah. Tunggu kat luar airport. Bas akan pergi ke Taksim. Nanti dia akan behenti di satu tempat semua turun. Dari situ naik lagi satu bas HAVATAS ke Sabiha Airport.

Bila tiba di TAKSIM, akan ramai pemandu teksi offer perkhidmatan mereka. Tak payah ambil. Tunggu je bas datang....insyaAllah selamat. Tambang jumlah semua dlm TL25.




Tiba di Sabiha Airport, macam biasa pegi ke kaunter check in. Ok jugaklah PEGASUS Air...macam Airasia. Lewat 30 minit. Adoi...kami makan biskut yg dibawa. Nak bagitau wifi kat kedua-dua airport memang tak ada langsung tak macam kat Malaysia.

Di Cappodocia, kami memilih tempat tinggal di Gerome. Cappodocia ni besar dan banyak daerah. Tetapi yg popular ialah Gerome dan airport yg paling dekat ialah Nevsehir (40 minit ke Gerome). Tetapi tiket murah Pegasus ialah ke Kayseri (1 jam ke Gerome). Kami telah menempah airport transfer TL10/pax memandangkan pengangkutan susah dari airport ke hotel dan kami tiba airport jam 8.10 malam..dah la delay ..pukul 9.00 mlm kami tiba di Kayseri.

Ta daaa...ini lah dia orang yang akan bawa kami ke hotel......




Perjalanan dari airport ke hotel mengambil masa lebih 1 jam. Suasana gelap dan malap di luar. Rasa macam masuk kawasan pendalaman. Kenderaan pun kurang. Dalam van cuma ada 8 org shj termasuk kami. Alhamdulillah,,,nasib baik kami book airport transfer, kalau tidak tak taulah pukul brp sampai hotel.
Dalam van, kami diberi air mineral..ok lah ada juga disediakan air bergas...perut dah lapar ni...
Akhirnya kami tiba di hotel kami...Yasin's Place Backpecker...



Inilah bilik kami...4 org dengan bilik air di dalam....no sharing....di dalam gua. tetapi yg awesome wifi laju...best....semua berlumba2 update status and check in. Lepas makan (masak maggie) kami pun beradu selepas hampir 20 jam perjalanan......sweet dream......






No comments:

Post a Comment