Thursday, 14 January 2016

Kembara Turki & Eropah - day 2


Alhamdulillah...malam tadi dpt tido lena..mungkin kepenatan setelah 20 jam perjalanan. Selepas sholat subuh aku ingin bersiar2 di luar bilik hotel.
Aku berjalan di sekitar hotel..masyaallah cantiknya persekitaranku...pokok2 anggur tumbuh melata begitu juga epal n zaitun. Suasana dingin n nyaman.
Tiba2 aku terdengar satu bunyi yg kuat di angkasa...bila aku dongak ke atas...aku melihat belon panas yg popular di Cappadocia lalu di atas kepalaku...apa lagi aku pun panggil anak2 saudaraku utk menikmati permandangan yg indah ini. Tak sangka hotel kami merupakan laluan belon2 panas....


Tgk muka2 yg tak sempat mandi...blkg kami berterbangan belon panas...


Bulan September di Cappadocia ...suhu yg selesa..nyaman..buah2an masak ranum dan bunga berkembangan...Persekitaran hotel ini dipenuhi dengan pokok-pokok bunga dan buah-buahan seperti anggur dan epal. Sarapan kami dengan buah anggur yg fresh..dipetik sendiri..Mula2 takut nak petik, minta kebenaran dari penjaga resort, memang untuk dimakan. Tapi yg peliknyer mereka kat sana tak hairan pun..









Menjamu selera di tmpt terbuka dgn udara yg nyaman dan permandangan yg indah ....


Breakfast kat turki....mmg popular dgn cheese, roti n salad...buah tin n tomato..fresh..roti bakar yg sungguh sedap....yum..yum..yum....

Selepas menjamu selera (termasuk di dlm room harges), kami memulakan pengembaraan kami. Sebelum ke sini kami telah membuat survey ttg taman negara yg terdapat byk di sini. macam2 pakej yg ditawarkan, yg penting sediakan ongkosnya. Memandangkan kami adalah travellers sengkek kami tidak mengambil mana2 servis yg ditawarkan. Kami ingin berjalan mengikut arah kaki dan panduan di internet sahaja. Destinasi pertama kami di sini ialah untuk mencari Gerome Open Museum. Jangan percaya sekiranya penduduk tempatan memaklumkan jarak perjalanan yg mengambil masa 10 minit dari pekan Gerome...dusta..fitnah..dan bohong semata-mata...ianya mengambil masa lebihkurang 30 minit utk tiba di perkarangan museum. Ikut sahaja tanda arah yg diberi..senang je..kerana hanya ada satu jalan..ikut je jln yg ada..

Sahabatku...ingat...gunakan kasut yg bersesuaian..dgn permukaan jalan yang tidak rata..biasalah jln kereta kuda zaman dulu...berbatu bata..kita perlu gunakan kasut jogging yg sesuai. kalau tidak menangis tak berlagu le...Lebih2 lagi keadaan panas (ttp angin bertiup sejuk) dan mendaki bukit.

MasyaAllah....cantiknyer permandangan di sini..gua2 batu kapur membentuk chimney seperti di dalam cerita Flinstone...Inilah permandangan dari pintu masuk ke Gerome Open Museum. 






Kami tak masuk pun di dalam kawasan Museum ini kerna malam tadi kami dah tidor dlm gua dan dah merasai suasana di dlm gua. Bayaran untuk masuk ialah TL30. Dari pintu masuk tiada transport disediakan, kena jalan kaki. Penat tadi pun tak hilang lagi. Kamikan kembara sengkek. Jadi ambil keputusan utk tidak masuk cuma ambik gambar di persekitarannya. Tengok gambar di atas, jgn sangka tiada penghuni ye di dlm batu2 itu.....


Dalam perjalanan pulang, kami singgah di satu tempat pembuatan ceramik. Suasana persekitaran seakan di dalam cerita Star Wars tempat tinggal Luke bersama keluarga angkatnya...hahahah...Di sini kami sempat membeli barangan cenderahati yg diperbuat drpd batu kapur. Sovenir di sini amat murah. Ttp bagi frame khat yg dibeli kena betul2 handle with care sbb fragile...mudah pecah..


Lebih kurang sejam, kami pun turun semula ke Pekan Gerome. Pekan yg kecil sahaja. Cari2 cenderahati dan cari kedai makan. Akhirnya kami makan di sebuah restoran. Kami beli 3 set shj sebab hidangan mereka besar2 belaka. Mesti ada tomato, timun dan zaitun. ikan mmg susah nak dpt kat sini. 






Lepas makan, kami mencari masjid untuk sholat. Masjid Hj Mustapha. Sepanjang jalan pokok anggur tumbuh melata. Limau dan apple.....geramnya....Kami tak tahan melihat buah2 anggur yg bergayut lalu kami minta izin dr pegawai masjid untuk petik anggur2 yg masak ranum di hadapan masjid. Hahaha....nasib baik ada jejaka di dlm group kami yg sudi panjat memetiknya. Orangramai melihat telatah kami dan mungkin pelik. Tapi kami lagi pelik dgn mereka ini sebab buah anggur seperti tidak bernilai kepada mereka....





Kami telah menempah bas ke Pamukkale pd jam 8.30 malam. Untuk menghabiskan waktu, kami bersiar-siar di sekitar dan terjumpa dgn pembuat cheese nan yg marvelles....



Inilah roti nan yg marcelles..cheese meleleh...

Selepas makan kami beredar balik ke hotel untuk mandi dan sholat Maghrib sebelum menuju ke Perhentian Bas. Alhamdulillah, penjaga hotel yg baik hati beri kami gunakan toilet utk mandi dan tempat utk sholat. Perhentian bas tidak jauh dr hotel, jln kaki dalam 15 minit. Tiada teksi or tranportation disediakan oleh pihak hotel. Tariklah beg....nasib baik menuruni bukit...kalau tak...mmg nangis le....

Perjalanan kami ke Pamukalle dengan menaiki bas METRO. Ada dua syarikat bas yg besar iaitu METRO dan SUHA. Disebabkan boleh suruh pihak hotel belikan tiket, No choice beli je tiket METRO. Tambang dlm TL55. Perjalanan lebih kurang 8 jam. Bas akan berhenti di Denizli dan dari situ kami akan naik shuttle bas ke Pamukalle.

.

Aduh...tak taulah samada kami tertipu atau memang begitu caranya. Walaupun dinamakan bas ekspress tetapi bas ini berhenti di beberapa tempat untuk mengambil/menurunkan penumpang. Itu yg buat lambat. Lebih malang lagi, bas kami mengalamai kerosakan...aircond tak kuat..dan 2x kami berhenti. Rasa2 rugi 2 jam di dlm perjalanan. Kami mengambilmasa 10 jam utk tiba ke Pamukale.

Pengalaman naik bas...bas ok je...ada WIFI, diberi minuman dan biskut. RnR mereka selesa, toilet pun canggih...cantik...selesa..tetapi dikenakan bayaran TL1. Kami dalam bas asyik tido je sebab penat mengukur jalan di Pekan Gerome siang tadi.....

Sambung next entry.......Pamukalle......




No comments:

Post a Comment