Saturday, 9 April 2016

Kembara Turki & Eropah - day 3

Seperti yang dinyatakan di dalam entry yg lepas, bas kami mengalami kerosakan dan tiba lewat 2 jam di Denizli. Tiba di suatu kawasan, kami diarahkan turun dan ada suttle bus lain yg menunggu yg akan membawa kami ke Pamukkale. Kami tidak diturunkan di perhentian Denizli yg sebenarnya cuma di tepi jalan sahaja.

dengan menaiki suttle bas yg disediakan, kami dibawa ke suatu tempat ia seakan-akan one stop utk METRO bus. Di sini kami telah ditawarkan pakej untuk dibawa ke kawasan yg terkenal dgn hotsprings yg membentuk struktur stalatait. Termasuk juga ke kawsan Hierapolis (archaeological site and anciet city), hotel separuh hari, breakfast n lunch serta tiket bas ke Selcjuk. Harga semua kalau tak silap TL130/pax. hati2 ye...di sini mereka susah sgt nak bagi resit..dok pakai percaya je..nasib baik kami tak kena tipu.


Selepas buat pembayaran, ada van ambik kami untuk hantar ke sebuah hotel. Di sini kami akan mandi, bersihkan diri dan disediakan breakfast. Jangan mimpi breakfast yg ada nasi ke meehoon ke...spt biasa menu utk breakfast ialah roti, sayur2 segar. Inilah menu kami.









Selepas makan dlm pukul 9.00 pagi, kami dikehendaki utk check out dan kami dibawa mengikuti dan disatukan dgn ahli rombongan yg lain. Dlm group tu termasuk kami dalam 20 org. Berbagai bangsa dan agama. Pemandu rombongan kami ialah Ali (tapi pakai rantai Salib...). Kami diberi penerangan ttg runtuhan kota Hieropolis. MasyaAllah besar kawasan ini. Sekiranya anda mengikuti pakej, anda akan dibawa masuk ke Hieropolis melalui gate ini.




Dari gate ini di atas bukit, anda akan dibawa melalui kawsan runtuhan perkuburan bangsa Greek/Rom sebelum turun ke kawasan travertine. Cerita ttg keruntuhan kota di sini boleh rujuk di dlm google. Keadaan mmg panas sekali tetapi angin yg tiup dingin merasakan perjalanan selama 2 jam selesa. Dinasihatkan membawa air mineral dan memakai kasut yg selesa.

Selepas selesai...kami meneruskan pencarian kami ke amphiteather. Ramai yg tidak mau ke sini kerana kagum dgn pandangan putih salju dari endapan kalsium karbonat ini. Tetapi rasa rugi sebab dah hampir dan bukan boleh selalu dtg ke sini.

Dengan membayar TLR3/pax, kami menaiki bas mini ke puncak untuk melihat amphiteather Hierapolis. Rasa macam tak rugi kami ke sini kerana dpt melihat peninggalan zaman silam yg unik. Penyanyi barat (nama saya lupa) pernah membuat persembahan di sini.


Selepas puashati menikmati peninggalan silam ini, kami menuruni bukit menuju ke kolam air panas (?) ...tak la panas pun....di sini semua pengunjung dikehendaki berkaki ayam ...stokin pun tidak dibenarkan pakai...jadi ingat le untuk bawa beg plastik utk isi kasut.Jangan nak cuba ngelat...sbb ada penjaga kawasan yg memerhati telatah pengunjung2..Kami menuruni jln yg disediakan sehingga keluar kawasan dan berehat di deretan kedai2 sebelum dibawa menuju ke restoran yg termasuk di dalam pakej.




Selepas penat bejalan selama 6 jam kami di bawa makan di restoran yg ada menyediakan nasi dan ikan. Apa lagi...kami makan dengan sekenyang-kenyangnya..makanan memang sedap..sayang gambar tiada...

Akhirnya kumpulan kami dihantar semula ke tempat one stop (tempat mula2 kami tiba di pamukkale). Di sini kami harus menunggu 2 jam kerana bas ke Selcuk akan tiba jam 5 petang. Berhampiran kawasan ini terdapat masjid. selepas membersihkan diri dan solat seperti yang dijanjikan kami berangkat ke Selcuk. Dimana perjalanan dalam 3 jam. Dalam bas tidak ramai orang...ada dlm 8 org termasuk kami. Penumpang lain ini turun di pertengahan jalan. Dalam bas kami lebih banyak tidur.

Selepas 2 jam perjalanan kami tiba di perhentian Seljuk (Ephesus). Kami telah membuat penempahan penginapan di NZ Backpacker. Penginapan ini terletak berhampiran dengan perhentian bas.

SELJUK


Di perhentian bas Seljuk....bas mereka berwarna putih....basmini dan juga bas ekspress ke izmir esok...




Sebenarnya dari perhentian bas ke hostel backpacker kami tidaklah jauh..jln kaki pun boleh. Tetapi disebabkan penat dan baru tiba..malas nak survey jln..kami naik teksi shj...TL10....5 minit sampai...
di bawah adalah jln menuju ke hostel kami.



Inilah tempat kami bermalam hari ini. NZ guesthouse. Kami diberi bilik yg plg bawah. Toilet di dalam. Ada juga yg share...Bilik termasuk breakfast.


 

Di dalam NZ Guesthouse....berbagai-bagai bangsa ada di sini.



Perjalanan ke Ephesus di dalam next entry......EPhesus & Izmir.....


No comments:

Post a Comment