Wednesday, 12 April 2017

Kembara Turki & Eropah - day 4

Di dalam entri yg lalu, saya tlh bercerita ttg perjalanan kami ke Seljuk dari Pamukale.

Selepas breakfast, kami telah dibawa ke Ephesus dengan menaiki bas mini. Ini disediakan oleh guesthouse. Cuma waktu balik kami perlu mencari kenderaan sendiri.

Dalam 15 minit perjalanan dari Selcuk kami tiba di kawasan bersejarah Ephesus. Tujuan kami tidak lain utk menatap sendiri 2 runtuhan bersejarah iaitu Library dan Theather.

Bayaran masuk ialah TL30/pax. Memang ramai..tetapi masih terdapat ruang untuk bergerak dan mengambil gambar. Semua pengunjung rasa kagum akan peninggalan sejarah ini.




Rasa teruja dgn runtuhan yg bersejarah. Masa 2 jam terasa cepat berlalu. Ambil gambar byk2 kerana tak tau bila lagi blh smpai di sini lagi.

Tempat yg menjadi tumpuan ialah 'The Library'. Kedua ialah ampitheather.



Bila masuk ikut pintu lain dan jln keluar akan keluar di gate yg berlainan. Byk gerai2 sovenir. Mcm2 ada. Saffron pun byk dijual. 

Selepas itu kami berangkat balik ke guesshouse. Kemas barang dan check out. Disebabkan kami dah tau kedudukan bas station hanyalah 10 minit berjln kaki, kami jln kaki shj. Dr bas station kami menaiki bas ke Izmir Airport. Perjlnan dlm masa 1 jam lebih. Bas tidak berhenti di Airport ttp di tepi highway. Dr situ ada teksi yg pergi ke Airport. 

Izmir Airport adalah airport yg moden dan baru. Cantik. Rupa2nya ada train dr selcjuk ke izmir.

Kami menaiki Pegasus Air menuju ke Istanbul...istanbul tunggu kami dtg😍

No comments:

Post a Comment